Wednesday, March 17, 2010

Pertandingan Melukis Citra Terengganu...

Pertandingan Lukisan CITRA Terengganu - 31 Julai sehingga 02 Ogos 2010

PENGENALAN

Negeri Terengganu kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Pancaran seni dan budayanya kini sedang diperkasakan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu. Selaras dengan fungsi dan peranan muzium, aktiviti kesenian tradisi sedang giat diaktifkan semula.Sesuai dengan hasrat untuk mermartabatkan warisan sejarah dan budaya negeri, pihak Muzium Negeri Terengganu menganjurkan satu pertandingan melukis sebagai satu wadah untuk menonjolkan citra negeri dalam bentuk lukisan. Pertandingan ini akan bermula pada 31 Julai 2010 dan berakhir pada 02 Ogos 2010

OBJEKTIF PROGRAM

Program pertandingan ini diadakan dengan beberapa tujuan sebagaimana berikut:-
- Untuk memupuk semangat cintakan warisan sendiri
- Untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang citra negeri
- Untuk menyokong penghayatan dengan memberikan peluang dan ruang aktiviti kepada pelukis- pelukis tanah air.
- Mempertingkatkan mutu karya dari masa ke semasa melalui penganjuran yang bersifat tahunan.
- Mengisi program muzium ke arah memperkasakan warisan.


Kali ini aku tidak sertakan hasil lukisanku... kenapa? masih dlm proses.. rahsiaaaaa...
pertama kali aku memberanikan diri masuk pertandingan lukisan citra terengganu 2010. tarikh tutup hujung Julai ini... ada 2 kategori, lukisan siap dan lukisan spontan..hajat di hati nak masuk kedua-dua ketegori... tp tengoklah dulu... Insyaallah... lukisan yg pertama, berukuran 3 kaki x 3 kali dlm proses. dah siap 50%. nanti akan aku pamerkan di sini... lukisan yg kedua, masih dlm perancangan... lukisan yg ke2 ini aku buat 4kaki x 4 kaki..utk lukisan spontan pula , aku perlu siapkan dlm masa 3 hari di muzium negeri terengganu... idea sudah ada... cuma menunggu dicurahkan di atas kanvas shj...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails